Sunday 25 December 2011

Tanda2 & Sebab Penyakit Batu Karang

Assalamualaikum w.b.t semua.. apa kabar anda disana? hope semuanya baik2.. hari ini Myrah nk bgtau korang tentang tanda2 awal dan sebab penyakit batu karang.. mula2 Myrah nk bgtau korang dulu ape maksud batu karang? Oke, batu karang ialah sejenis penyakit yang datang apabila anda menahan kencing.. Myrah juz bgtau secara ringkas.. sebaik2nya, korang janganlah duk tahan kencing.. bler rase je nk kncing ok, pi tndas n buang air kecil.. if korang duk dlm kete / bas bgtau pemandu kenderaan t'sebut.. ini dpat mengelakkan dripada anda terkena penyakit batu karang!! urm, korang dh tau ape sebab penyakit batu karang boleh berlaku? tak tahu kan? jom, bace ayt kat bwah ni!!

Sebab-sebab Penyakit Batu Karang:
act, bnyak faktor/sebab yg m'pengaruhi penyakit t'sebut.. antaranya::

a-kurang air..Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat..ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mendapat penyakit batu karang..


b-umur..kebanyakan kes berlaku dikalangan umur 20-70 tahun..


c-Jantina..lelaki mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita..


d-kurang bergerak..individu yang kurang bergerak, kurang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi..ini kerana akitiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.
.
e-Pemakanan..Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini..


f-Penyakit tertentu..Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.


g-Kesan sampingan ubat..Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

h-Sejarah keluarga atau sendiri..Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

copy from:: ipislam

Tanda-tanda awal penyakit batu karang:

a-Rasa tajam dan kejang di bahagian belakang dan tepi perut.Selain itu,rasa tersebut juga dapat dirasakan dibawah perut dan pangkal paha.Dan rasa sakit ini boleh berlaku selama beberapa minit sahaja dan boleh berlanjutan selama beberapa jam bergantung kepada saiz batu tersebut.

b-Rasa sakit atau rasa seperti terbakar ketika membuang air kecil.

c-Air kencing keruh dan berbau busuk.

d-Air kencing akan berwarna merah kerana mengandungi darah(hematuria).

e-Selalu rasa hendak membuang air kecil.

f-Selalu berasa mual dan muntah

g-Demam dan menggigil kerana berlaku jangkitan kuman dalam saluran kencing.

copy from: buahpinggang

nah, tu dia tanda-tanda dan sebab penyakit batu karang.. kalau korang dh ada tanda2 tersebut prgi klink/hospital yg berdekatan untuk membuat pemeriksaan lanjut.. =)


:: Suka? -LIKE- Rajin? -KOMEN- ::

No comments:

Post a Comment